Sunday, 14 August 2011

Tipu Helah Perang


Dalam peperangan yang berbentuk global, isu dan hubungkaitnya dengan sesuatu perkara itu mestilah didedahkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa itu memang berlaku, sedang atau telah berlaku. Peristiwa itu pula tidak semestinya berlaku secara spontan tetapi ia sesuatu yang dirancang secara teliti, dipaksakan dan dijadikan alasan untuk menyakinkan orang ramai.

Kadang-kadang tipu helah perang itu sama seperti perang saraf. Tujuannya untuk meningkatkan moral anggota,  memanipulasikan isu dan menjelaskan bahawa kehebatan mereka bertindak.

Tetapi biasanya tipu muslihat tersebut akan diketahui oleh orang ramai sama ada cepat atau lambat. Sama ada dipercayai atau tidak, boleh atau tidak disanggah dengan menafikan perkara tersebut melalui fakta atau andaian akal fikiran. 

Bagi mereka yang tidak beriman akan mereka sesuatu isu dan melakukan apa juga cara untuk mencapai matlamatnya walaupun melibatkan kehilangan orang 'tersayang'.  

Semoga kita terhindar daripada persekongkolan tipu helah golongan munafik-kafir.


Oleh: ABDULLAH BIN USMAN


 

Adakah 31 Navy US Terbunuh Tembakan Taliban untuk menutup isu Osama?


Blog Anak Rimau

Semua berita tentang kononnya Osama telah dibunuh dalam bulan Mei lepas amat meragukan. Terbaru kita dikhabarkan bahawa Taliban telah berjaya menembak jatuh sebuah helikopter operasi khas US yang mengorbankan 31 anggotannya. Tapi yang lebih mengejutkan ialah 25 anggota Navy SEAL yang terbunuh itu adalah terlibat dengan operasi membunuh Osama bin Ladin.

Helikopter Chinook yang di naiki mereka di katakan di tembak oleh Taliban menggunakan pelancar grenade di Lembah Tangi Wilayah Wardak. Helikopter jenis ini biasanya di gunakan untuk mengangkut anggota dan bukan operasi gempur.
Ia merupakan model pesawat yang tertua dalam kelengkapan tentera US dan di gunakan sejak perang Vietnam lagi.

Persoalan timbul, adakah US sengaja menembak helikopter mereka sendiri bagi menutup cerita sebenar tentang operasi Osama. Dengan terbunuhnya amggota yang terlibat dengan operasi tersebut maka rahsia penipuan pembunuhan Osama akan terkubur bersama.

Seperti peristiwa 9/11 mereka mendakwa di lakukan Al Qaeda yang berlindung di Afghanistan bagi mewajarkan penaklukan di Afghanistan.

Operasi terakhir bagi menutup seluruh perencanaan mereka menghapuskan tentera mereka sendiri yang terlibat dalam operasi tersebut kali ini adalah jauh lebih senang dan dengan menunding kepada Taliban pastinya akan diterima dunia.

 

No comments:

Post a Comment