Pembelian saham MAS sebanyak 20 peratus oleh AirAsia telah termeterai.
Penjualan dan pembelian saham ini berlaku kerana bagi meningkatkan prestasi syarikat yang bernaung di bawah portfolio KHAZANAH, selain komited membantu meningkatkan lagi daya saing sektor strategik ekonomi negara dan dengan mengambil kira kedudukan Khazanah dalam pelan transformasi berterusan MAS sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Penerbangan Malaysia (MAS) yang ketika ini menguasai sekitar 69 peratus kepentingan dalam MAS, menurut kenyataan KHAZANAH Nasional Bhd
Sebelum itu kedua-dua entiti MAS-AirAsia saling bersaing dengan menawarkan pelbagai promosi untuk menarik penumpang, bahkan bukan itu sahaja destinasi penerbangan pun mereka bersaing.
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ogos - Faedah sebenar yang boleh diperoleh oleh Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) di bawah kerjasama pertukaran saham dengan pemilik syarikat penerbangan tambang murah baru-baru ini, perlu diperjelas dengan terperinci.
Sebelum itu kedua-dua entiti MAS-AirAsia saling bersaing dengan menawarkan pelbagai promosi untuk menarik penumpang, bahkan bukan itu sahaja destinasi penerbangan pun mereka bersaing.
Persaingan yang sihat telah melonjakkan tawaran penerbangan domestik ke arah positif kerana tambang tiket murah dan keupayaan membeli tiket yang ditawarkan oleh oleh MAS atau AirAsia menarik.
Kehebatan MAS telah terbukti. MAS melalui Firefly telah menawarkan harga tiket domestik yang amat menarik dan ia akan menjadi aset yang berharga kepada MAS jika digilap dengan berkesan. Maka tepat sekali jika MAS-AirAsia bergabung bagi bersaing di peringkat global menurut Menteri Kewangan Kedua.
Dengan pengabungan MAS-AirAsia maka pegangan tawar-menawar akan berlaku dan biasanya pelabur akan memenangi tawar-menawar walaupun ia mempunyai pegangan saham yang minimum.
Sebelum pengabungan ini saya melihat bahawa MAS tidak bebas membuat sesuatu keputusan kerana ia terikat dengan polisi kerajaan. Barangkali selepas ini harga tiket domestik akan dijual secara fleksibel.
Menurut kenyataan mantan Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bahawa: "Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, segala gerak-geri dan langkah yang diambil MAS perlu mendapat restu kerajaan, oleh yang demikian untuk menjadi lebih kreatif mempunyai sedikit masalah.
Mungkin cara terbaik untuk bersaing adalah dengan kerajaan meliberalisasi industri penerbangan negara dengan membenarkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Malaysia dan MAS bukan lagi menjadi sebagai syarikat penerbangan negara.
Dengan cara itu, MAS boleh bertindak dan membuat keputusan dengan sendiri dan bersaing dengan syarikat penerbangan lain secara bebas,'' ujar beliau.
Oleh itu dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bukan sahaja kakitangan kerajaan mendapat bonus hari raya tetapi AirAsia lagi mendapat bonus yang berpanjangan.
Oleh: ABDULLAH BIN USMAN
Malaysiakini
Ogos 13, 11 4:49 pm
Kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd bertujuan memastikan kedua-dua entiti penerbangan negara mampu bersaing di peringkat global, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, langkah itu perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Asia Barat.
"Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia.
"Untuk itu, MAS dan AirAsia tidak boleh menjadi dua entiti yang bersaing antara sama lain bagi menghadapi persaingan global," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Pasaraya Mydin di Kampung Manjoi di Ipoh hari ini.
Ahmad Husni berkata, bagi menghadapi saingan global, kerajaan membuat keputusan menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan iaitu MAS dan AirAsia.
Katanya, MAS kini berhadapan dengan kos operasi yang semakin tinggi dan melalui penggabungan ini, entiti syarikat itu dapat distruktur semula.
"Kita percaya dengan berdasarkan pengalaman MAS dan AirAsia, kekuatan kini boleh ditumpukan bagi mengukuhkan lagi kedua-dua entiti penerbangan negara," katanya ketika mengulas kebimbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengenai isu itu.
Ahmad Husni menegaskan bahawa sebagai syarikat penerbangan negara, saham MAS tidak akan dijual kepada pihak luar.
Katanya, 50 peratus saham MAS tetap dipegang Khazanah Nasional Berhad yang berada di bawah Kementerian Kewangan manakala 30 peratus lagi kini di bawah penguasaan beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC) manakala selebihnya milik pelabur tempatan.
"Tidak timbul isu saham tersebut akan terjual dan tergadai kepada pihak ketiga... saham tersebut tidak akan dikuasai oleh pihak luar sebaliknya tetap dimiliki pemegang saham tempatan," katanya.
- Bernama
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes.utusan@gmail.com
Menurut bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, banyak yang mendakwa manfaat yang bakal diterima oleh syarikat penerbangan negara itu tidak ketara berbanding apa yang bakal diterima Tune Air Sdn Bhd. (Tune Air), syarikat induk yang memiliki AirAsia dan AirAsia X.
Beliau berkata, penjelasan itu wajar kerana MAS dianggap milik rakyat terutamanya orang Melayu kerana syarikat itu adalah satu kebanggaan buat mereka.
Khazanah Holdings Bhd., pemegang kepentingan MAS baru-baru ini memeterai perjanjian rangka kerja koloborasi komprehensif dan juga pertukaran saham dengan Tune Air.
Tune Air akan memegang 20.5 peratus saham di dalam MAS dan Khazanah akan memegang 10 peratus saham AirAsia, sebagai tambahan Khazanah juga dicadangkan memiliki 10 peratus kepentingan di dalam AirAsia X pada harga yang akan dipersetujui nanti.
Menurut Abdul Aziz: ''Setakat ini, apa yang jelas, AirAsia akan mendapat lebih manfaat terutamanya daripada segi kejuruteraan dan penyelenggaraan (MRO) dan juga latihan kakitangan kerana MAS diakui antara terbaik di bidang itu.
''Ada pendapat mengatakan dengan kerjasama ini, pesawat boleh dibeli dalam jumlah yang banyak dan menjimatkan kos. Namun hakikatnya, penjimatan masih boleh diraih dalam pembelian berjumlah kecil jika mempunyai kepandaian berunding,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Tambah Abdul Aziz, melalui perjanjian tersebut juga, AirAsia akan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah negara apabila, Firefly berubah kepada syarikat penerbangan perkhidmatan penuh bagi rantau ini.
''Apa akan jadi kepada Firefly selepas ini, adakah ia akan terus kekal dan bersaing dengan syarikat induknya sendiri.
''Daripada segi laluan pula, kita lihat AirAsia dan MAS mempunyai laluan yang sama. Di rantau ini, harga adalah penting jika bersaing di laluan sama, dengan perbezaan kecil, tambang murah pastinya menjadi pilihan.
''MAS sebagai syarikat penerbangan menawarkan khidmat penuh dan sukar sekali untuk bersaing terutama dalam pasaran tambang murah,'' jelasnya.
Abdul Aziz berkata, sekiranya perjanjian dan kerjasama yang terbentuk antara MAS dan AirAsia adalah sebagai usaha memulihkan semula kedudukan kewangan MAS, beliau tidak nampak kejayaannya di situ.
Katanya, dengan monopoli syarikat penerbangan tambang murah itu ia akan menjadi pilihan penumpang kerana harga yang lebih rendah.
''Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, segala gerak-geri dan langkah yang diambil MAS perlu mendapat restu kerajaan, oleh yang demikian untuk menjadi lebih kreatif mempunyai sedikit masalah.
''Mungkin cara terbaik untuk bersaing adalah dengan kerajaan meliberalisasi industri penerbangan negara dengan membenarkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Malaysia dan MAS bukan lagi menjadi sebagai syarikat penerbangan negara.
''Dengan cara itu, MAS boleh bertindak dan membuat keputusan dengan sendiri dan bersaing dengan syarikat penerbangan lain secara bebas,'' tambah beliau lagi.
KERJASAMA bersejarah di antara Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) sudahpun termeterai. Bagaimanapun, kerjasama tersebut masih tidak sempurna dan selesai, selagi syarikat penerbangan kebangsaan itu belum mempunyai peneraju.
Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz yang menjawat jawatan nombor satu MAS telah meletakkan jawatannya berikutan rombakan besar-besaran lembaga pengarahnya Rabu lalu.
Pelantikan individu bagi mengisi jawatan nombor satu MAS memang ditunggu-tunggu kerana ramai yang menanti siapakah yang bakal menduduki kerusi panas itu.
Jika aspek kemampuan, keupayaan dan kredibiliti dijadikan ukuran asas bagi pelantikan Pengarah Urusan MAS, ramai yang memberikan jawapan yang sama - iaitu Datuk Kamarudin Meranun.
Malah, para penganalisis tempatan turut meletakkan Kamarudin yang menjadi 'tulang belakang' AirAsia sebagai pilihan utama sekiranya mereka turut berpeluang untuk membuat undian.
Namun, sekiranya mengambil kira aspek-aspek kelebihan lain, Khazanah Nasional Bhd. dan Jawatan Kuasa Eksekutif MAS (EXCO), mungkin banyak nama yang boleh dibentangkan di atas meja.
Sejak jawatan Pengarah Urusan MAS itu dikosongkan, pelbagai individu dikaitkan bakal dilantik menjadi peneraju syarikat penerbangan tersebut.
Antaranya, Datuk Seri Shazalli Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd.), Datuk Charon Wardini Mokhzani (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group Bhd.), Datuk Rohana Rozhan (Ketua Pegawai Eksekutif Astro) dan Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (bekas Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd.).
Tidak kurang juga ada yang berteka-teki kemungkinan MAS terpaksa menggunakan 'pemain import' bagi memulihkan semula imej MAS sebagai aset strategik negara.
Bagaimanapun, kemungkinan untuk mengambil orang luar adalah sangat mustahil kerana Malaysia masih mempunyai banyak calon di kalangan anak tempatan untuk mengemudi syarikat tersebut.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, syarikat penerbangan kebangsaan itu memerlukan seorang tonggak yang memiliki integriti tinggi sebagai pengarah urusannya yang baharu.
Menurutnya, calon tersebut perlu mempunyai latar belakang industri penerbangan yang kuat bagi memastikan perjalanan operasi syarikat tidak terganggu.
Calon juga perlu mengetahui selok-belok perjalanan syarikat penerbangan dari pengurusan di peringkat atasan hingga di peringkat bawah termasuk operasi penerbangan, pramugari dan sebagainya.
Ditanya sama ada beliau menjangkakan calon sesuai, Abdul Aziz berkata: ''Saya tidak mempunyai nama-nama tertentu''.
Bagaimanapun, beliau yang 20 tahun bersama MAS berpendapat, peneraju syarikat penerbangan itu lebih wajar dilantik di kalangan orang tempatan kerana lebih memahami mengenai budaya kerja negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Yang lebih penting dan utama, bakal Pengarah Urusan MAS tidak mempunyai kepentingan peribadi dan perlu dedikasi terhadap tanggungjawab diberikan.
''Tidak kira siapa orang itu dari dalam MAS atau dari luar, beliau perlu mempunyai semangat untuk memulihkan syarikat dan anggaplah ianya seperti khidmat kepada negara,'' jelasnya.
Kamarudin dilihat sebagai calon paling tepat dan layak untuk meneraju MAS kerana keupayaan dan kejayaannya mengemudi AirAsia sehingga menjadi jenama terbaik Malaysia .
Kejayaan yang dicipta oleh Kamarudin dalam AirAsia bukan kecil-kecil anak, sebaliknya mengagumkan industri penerbangan dunia.
Bagaimanapun, ia mungkin sukar bagi Kamarudin untuk menyertai MAS kerana banyak aspek penting menjadi pertimbangannya terutama perancangan yang telah disusun untuk AirAsia, kelangsungan AirAsia dan isu-isu yang bakal dibangkitkan oleh para pemegang saham syarikat penerbangan tambang murah itu.
Tetapi, sekiranya melihat jawatan Pengarah Urusan MAS sebagai satu khidmat kepada negara, tentu ia tidak sukar untuk menolaknya.
Menurut para penganalisis tempatan, kali ini Khazanah selaku pemegang saham terbesar MAS tidak boleh lagi membuat kesilapan besar dalam pemilihan orang kuat MAS.
Pemilihan tepat itu perlu demi kelangsungan operasi MAS selaku syarikat milik kerajaan dan aset strategik negara.
No comments:
Post a Comment