MAS (Penerbangan Malaysia) pada suatu ketika menjadi kebanggaan kerana telah menjulang negara di persada dunia dengan rekod bersih yang cemerlang dalam tadbir urus korporat.
Tetapi disebabkan perubahan masa dan unsur-unsur perniagaan yang memberangsang-menguntungkan maka ahli perniagaan berminat kerana imejnya yang unggul itu.
Benarkah kehebatan strategiknya telah lumpuh?
Persoalannya, bagaimana ia lumpuh dan siapa yang melumpuhkannya sehingga kerugian ratusan juta ringgit, ini suatu persoalan lain pula.
Apakah orang Melayu tidak pandai berniaga dan lemah pada alaf baru, dan terpaksa mendapatkan tenaga luar untuk menjalani terapi bagi memulih dan membina kekuatan baru?
Tetapi disebabkan perubahan masa dan unsur-unsur perniagaan yang memberangsang-menguntungkan maka ahli perniagaan berminat kerana imejnya yang unggul itu.
Benarkah kehebatan strategiknya telah lumpuh?
Persoalannya, bagaimana ia lumpuh dan siapa yang melumpuhkannya sehingga kerugian ratusan juta ringgit, ini suatu persoalan lain pula.
Apakah orang Melayu tidak pandai berniaga dan lemah pada alaf baru, dan terpaksa mendapatkan tenaga luar untuk menjalani terapi bagi memulih dan membina kekuatan baru?
Sebagai contoh, suatu ketika dahulu Bank Bumiputera Malaysia Berhad, salah sebuah bank yang 'gagah' telah distrukturkan supaya lebih cekap, berwibawa tetapi kini hilang mengikut perubahan zaman.
Dalam bidang perniagaan, yang licik akan menguasai yang lain walau macam mana sekalipun pendekatan yang digunakan untuk mencapai hasrat disanubari.
Barangkali MAS perlu dipimpin oleh insan berjiwa 1Malaysia Negara Berkebajikan.
Oleh Ahmad Farizal Hajat
Berita Harian Online
2011/08/08
Syarikat kuasai 69 peratus kepentingan
KHAZANAH Nasional Bhd menegaskan, ia akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Penerbangan Malaysia (MAS).
Sayap pelaburan kerajaan itu ketika ini menguasai sekitar 69 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula memegang 11 peratus. “Laporan media yang mengatakan Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun akan muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam MAS, adalah tidak benar. “Sektor penerbangan adalah sektor strategik kepada ekonomi negara dan MAS akan kekal menjadi pegangan utama dalam portfolio Khazanah.
“Khazanah akan terus mengekalkan kedudukan sebagai pemegang saham tunggal terbesar MAS,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Tony Fernandes adalah Ketua Eksekutif dan pemegang saham terbesar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, manakala Kamarudin pula adalah rakan kongsi dan Timbalannya.
Khazanah menjelaskan, sebagai pelabur strategik aktif, firma pelaburan kerajaan itu sentiasa mengkaji cara meningkatkan prestasi syarikat yang bernaung di bawah portfolionya, selain komited membantu meningkatkan lagi daya saing sektor strategik ekonomi negara.
“Pengumuman lanjut akan dibuat pada masa sesuai dengan mengambil kira kedudukan Khazanah dalam pelan transformasi berterusan MAS,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan satu laporan media tempatan kelmarin yang mendakwa Khazanah dikatakan telah memuktamadkan rundingan dengan Tony Fernandes untuk menyelamatkan MAS ekoran mencatatkan prestasi kewangan yang lemah.
Bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, MAS mencatatkan kerugian bersih RM242.3 juta berbanding keuntungan RM310.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Secara perbandingannya AirAsia pula mencatatkan keuntungan RM171.9 juta bagi suku pertamanya tahun ini, manakala ia merekod keuntungan RM1.5 bilion bagi keseluruhan tahun kewangannya tahun lalu.
Laporan yang memetik sumber itu, antara lain mendakwa MAS dan AirAsia akan memeterai perjanjian pertukaran saham yang mana apabila dimuktamadkan, akan menyaksikan Tony Fernandes muncul pemegang saham tunggal terbesar menggantikan Khazanah dalam MAS, manakala Khazanah pula akan menerima jumlah saham yang sama dalam AirAsia.
Menerusi perjanjian yang dikatakan akan dimeterai minggu ini, Tony Fernandes ditetapkan akan memegang 20 peratus ekuiti MAS.
Sementara itu, Tony dan Kamarudin dalam satu kenyataan turut menafikan mendakwa laporan media itu.
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun akan menjadi pemegang saham terbesar dalam Malaysia Airlines System Bhd. (MAS).
Khazanah dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, sektor penerbangan yang strategik kepada ekonomi negara akan kekal sebagai pegangan teras dalam portfolio pelaburan syarikat itu.
“Khazanah akan terus mengekalkan kedudukan sebagai pemegang saham terbesar tunggal di dalam MAS.
“Sebagai pelabur strategik yang aktif, Khazanah sepanjang masa akan meninjau cara-cara untuk menambah baik prestasi syarikat, portfolionya dan juga daya saing sektor-sektor strategik dalam ekonomi,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pengumuman lanjut mengenai kedudukan Khazanah dalam rancangan transformasi MAS yang berterusan akan dibuat pada masa yang bersesuaian.
Dalam perkembangan sama, Tony dan Kamaruddin hari ini turut menafikan laporan media bahawa mereka akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar MAS.
“Kami ingin menjelaskan bahawa perkara ini adalah tidak benar. Sebagai pemegang saham utama AirAsia Berhad dan AirAsia X Sdn. Bhd,, kami komited untuk meningkatkan nilai pegangan saham dalam kedua-dua pelaburan teras kami secara berterusan dan menerokai pelbagai peluang untuk meningkatkan francais kami,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan Khazanah, Tony dan Kamarudin itu merujuk kepada laporan sebuah portal pembangkang yang mendakwa Tony akan meng-
ambil alih operasi MAS dengan menjadi pemegang saham individu terbesar apabila membeli 20 peratus saham syarikat penerbangan negara itu.
Desas-desus mengenai pembelian saham MAS oleh Tony juga dilaporkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang turut mendakwa perjanjian tersebut akan dimuktamadkan minggu depan.
Sementara itu, sumber dalaman Khazanah hari ini berkata, pertukaran saham seperti yang dilaporkan tidak mustahil berlaku, namun menolak Tony dan Kamarudin akan mengambil alih operasi MAS.
Ini kerana kata sumber itu, jika Tony dan Kamarudin membeli saham MAS sebanyak 20 peratus sekali pun, Khazanah masih memiliki kira-kira 49 peratus saham di dalam syarikat penerbangan itu iaitu daripada 69 peratus ketika ini.
“Khazanah juga dalam hasrat untuk mengekalkan penguasaan di dalam MAS, tidak memerlukan jumlah saham yang tinggi sehingga 69 peratus,” katanya.
Bagaimanapun kata sumber itu lagi, pertukaran saham tersebut jika berlaku perlu dilihat dari sudut positif yang mana kerjasama itu bakal membawa banyak manfaat kepada kedua-dua pihak.
MAS kata beliau, boleh belajar daripada kecekapan AirAsia menjadi peneraju dalam industri penerbangan manakala syarikat tambang murah itu pula dapat berkongsi kepakaran kejuruteraan canggih yang dimiliki MAS.
“Paling utama kerjasama kedua-dua syarikat penerbangan tempatan ini boleh memberi saingan kepada syarikat penerbangan antarabangsa lain,” katanya.
Tegas sumber itu, MAS dan AirAsia juga akan tetap kekal sebagai sebuah entiti yang berbeza jika berlaku pertukaran saham berkenaan.
Published: Monday August 8, 2011 MYT 10:11:00 AM
Updated: Monday August 8, 2011 MYT 11:20:51 AM
The Star Online
PETALING JAYA: MAS and AirAsia requested on Monday morning that trading in the shares of their companies be suspended from 9am until 5pm Tuesday pending an announcement.
CIMB Investment Bank said on behalf of both companies that they needed time to prepare an announcement relating to a material transaction.
News reports earlier noted that both airlines were close to finalising a share-swap deal in which AirAsia's co-founder Tan Sri Tony Fernandes would get a 20% stake in MAS.
Khazanah Nasional was said to have concluded negotiations with Fernandes to come up with a deal to save the national carrier after its poor showing in the last two quarters.
The sovereign wealth fund through wholly-owned Penerbangan Malaysia Bhd holds a 69.34% stake in MAS.
Sources said the deal would be signed this week as it has received the Government's approval and could be inked by today.
Fernandes and co-founder partner Datuk Kamarudin Meranun together held a 26.28% in AirAsia.
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Langkah kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus melalui pertukaran saham akan membentuk monopoli dalam industri penerbangan negara dan bakal merugikan negara dan rakyat.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berupa satu bail out oleh CEO Air Asia, Tony Fernandes yang rugikan rakyat dan pengguna akhirnya.
Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air.
Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham.
"Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu.
"Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan.
"Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" kata beliau kepada Harakahdaily.
Ini kerana, selepas ini MAS dan Air Asia akan saling menjaga kepentingan antara satu sama dan tidak ada lagi pertandingan sihat dalam industri apatah lagi dalam penerbangan bajet rendah ini.
Mungkin ia adalah ‘win-win’ bagi mereka tetapi apakah ia boleh menjamin bahawa rakyat akan juga ‘win’ atau menang, soal Dr Dzulkefli yang juga AJK PAS Pusat itu.
Menurut Dr Dzul, pihaknya sedar selain masalah yang ada, MAS juga terpaksa memikul bebanan yang ditiggalkan oleh bekas CEOnya yang membuat pelbagai onar sebelum dikemudi oleh Datuk Seri Idris Jala.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menarik Idris Jala dari MAS ke kabinet sebelum ini kerana ternyata usaha yang dibuatnya di MAS masih belum sampai ke penghujungnya.
Beliau juga menyatakan bahawa sebenarnya Idris Jala juga bukanlah hebat sangat pun, kerana beliau belum lagi menunjukkan kehebatan dalam usaha ‘turn-around’ atau menghidupkan kembali MAS.
"MAS sebenarnya memerlukan seorang ketua eksekutif seperti Tony Fernandes untuk memimpinnya tetapi bukan dengan membawa batang tubuh Tony Fernandes itu sendiri atau ‘pergabungan’ dengan syarikatnya ke dalam MAS," kata beliau.
"Jadi bila terjadi semacam ini kepada MAS, nampak sangat andaian itu betul dan selepas ini apa pula akan berlaku kepada Pemudah yang beliau ketuai di kerajaan BN," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.
Di samping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang, masalah barangan pengguna yang sedang dihadapi oleh negara sekarang akan berjangkit kepada industri penerbangan pula.
"Kita hadapai masalah gula, beras, tepung dan minyak kerana pemberian permit kepada syarikat dan kelompok kroni yang menjadikan harga beras contohnya terlalu tinggi dari yang sepatutnya.
"Ini berlaku kerana Bernas adalah pengimport utama dan penentu kepada harga beras khususnya yang dimport. Bayangkan jika ramai lagi pihak atau syarikat diiizinkan mengimport beras maka harga akan tertakluk kepada kuasa pasaran dan akhirnya akan menyebelahi rakyat dan tidak mencekik rakyat," tambah beliau.
Tepung, gula dan minyak pula ada ‘oligarki’ beberapa pengimport dan merekalah penentu harga. Ini masalah di negara kita ini yang membebankan rakyat.
“Apakah industri penerbangan (aviation) juga bakal menyaksikan monopoli ini?”, Tanya beliau, sinis.
Semua ini, kata beliau, bertentangan dengan semngat Akta Persaingan yang menghalang pembentukan monopoli atau kartel (oligarki) yang sepatutnya dilaksanakan di negara ini tahun 2012 nanti.
Apakah mereka lakukan ini semua sekarang bagi mengelakkan undang-undang tersebut (Akta Persaingan-Anti-Trust)?
Pautan dalam Malaysiakini:
MAS-AirAsia deal: A new monopoly in the works?
Pautan dalam Malaysiakini:
MAS-AirAsia deal: A new monopoly in the works?
No comments:
Post a Comment