Friday, 26 August 2011

sebab sebenar Libya diserang Nato


Posted on Thursday, August 25 @ 21:45:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya 

 Oleh: MERONG


"Senario politik di Timur Tengah dan AFRIKA menarik untuk di fahami. Ianya melibatkan negara-negara yang dahulunya pro-USA seperti LIBYA/SYRIA/MESIR/TUNISIA/YAMAN. Paling mengejutkan kerana ianya berlaku serentak pada 2011.

Krisis Politik di Mesir dan Tunisia agak mudah difahami dgn presidennya yg pro-USA, karenah korupsi, kronism, ketidakseimbangan sosial ekonomi yg amat menyamai suasana politik di Malaysia. Akibatnya 90% rakyat dari pembangkang bangun menentang.

Krisis politik di Libya mempunyai penglibatan USA secara terus. Saya tidak menyatakan Gaddafi seorang pemimpin yg terlalu baik tetapi hairan bagaimana USA tiba2 memomokkan berita serangan NATO dgn pemberontak kerana Gaddafi seorang diktator yg kejam. Agak menghairankan kenapa tiba2 sahabat baik Gaddafi yakni USA tiba2 menikam beliau. Apakah senario LIBYA menyamai senario di-IRAQ?

Jawapannya terdapat di dalam berita GoldStockBull,

 “Invasion of Libya was About Gaddafi’s Plan to Introduce Gold Dinar-Gold For Oil”

Jika di tahun 2000 USA menyerang IRAQ kerana SADDAM HUSSIEN mahu menjual minyak didalam EURO Dan Gaddafi pula berniat mahu mewujudkan single-gold currency untuk AFRIKA dan menggunakan ia untuk sebarang bentuk dagangan.

Gaddafi mahu membentuk pakatan dgn negara2 pengeluar minyak Afrika DAN sesetengah negara Arab.Ini bakal mengukuhkan ekonomi Afrika dan meruntuhkah ekonomi kapitalis USA/EROPAH.

Libya adalah pengeluar minyak terbesar di AFRIKA. Dgn mengikat pembelian minyak dengan emas akan memeritkan lagi ekonomi USA yg selama ini hanya sesuka hati mencetak wang dollar USAnya untuk memilikki apa jua pun tanpa bersandarkan kpd emas.

OBAMA lebih cerdik dari Bush dalam melaksanakan misinya. Obama menggunakan sebahagian drpd rakyat negara itu sendiri yg terhasil dari pemisahan ideologi melalui sistem Demokrasi untuk menentang pemimpin yg tidak sebulu dgn USA, tetapi BUSH terpaksa mengerah tentera dan sekutunya untuk menentang pemimpin tersebut. Kaedah OBAMA lebih cost saving dan effective.. Yangg penting adalah keberkesanan agen CIA Dan MOSSADnya menjalankan jarum..

Itulah yg berlaku di Mesir,Tunisia dan Libya. Dengan menguasai politik Tunisia/Libya/ Syria/Mesir, USA sudah menguasai satu lagi sumber minyak dunia selain daripada negara2 arab lain yg berpaksikan USA. Kedudukkan geografi negara2 tersebut juga melindungi ISRAEL jika USA meletakkan kepentingan pengkalan tenteranya.

Silapnya negara Islam adalah kerana memilikki pemimpin yg tamak dan rasuah sejak mula. Di saat mereka mahu bertaubat, berapa ribu pemberontak sudah terhasil. Demokrasi berjaya memanfaatkan pemimpin yg tamak dan rasuah untuk memecah-belahkan rakyat didalam negara tersebut. Rakyat yg tertindas akhirnya memberontak tanpa mengira samaada mereka sudah dimanipulasi oleh kuasa besar yg berkepentingan.

Negara Islam sekarang berada didalam situasi serba salah, samada pihak pemerintah itu pro/anti-USA, mereka tetap akan di manipulasikan.


No comments:

Post a Comment