Monday, 22 August 2011

Kemiskinan Membawa Kekufuran


Kemelesetan ekonomi dunia bukan sahaja melanda beberapa negara tetapi tempiasnya juga turut melanda individu yang ketandusan kewangan. Kemelesetan tersebut bukan sahaja berlaku kepada ekonomi tetapi juga kepada akhlak kemanusiaan.

Di Somalia, terdapat daerah-daerah tertentu penghuninya sedang menanti menjadi korban kerana kekurangan makanan akibat kebuluran, di samping perang saudara yang berpanjangan.

Di negara kita, terdapat individu yang berpendapatan tetap tetapi menjalankan kerja-kerja lebih masa untuk menambah pendapatan keluarga, walaupun melakukan kerja-kerja melanggar undang-undang negara.

Barangkali pemerintah kita wajar menjalankan satu kaji selidik mencari punca berlakunya gejala tersebut dan jalan penyelesaian yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah.

Kita didendangkan tentang syarikat-syarikat berpotensi mengaut keuntungan besar setiap tahun kewangan berakhir dilaporkan, namun tiada maknanya keuntungan, jualan meningkat dan pendapatan jutaan ringgit yang diperolehi jika tidak dapat dinikmati oleh golongan susah dan berpendapatan rendah.

Kita wajar merenung kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir kerana golongan yang terpinggir-miskin memberontak.




Sila lihat pautan:  







BANYAK hadis Nabi s.a.w yang memberi penilaian bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang, malah kepada kaum itu sendiri. Penyakit ini mudah menonjol terutamanya di kalangan orang yang menghadapi kemiskinan yang teruk dan tinggal berhampiran dengan orang kaya yang buruk budi pekertinya serta kedekut yang amat sangat.

Kemiskinan adalah satu bala yang sama dengan penyakit berjangkit, justeru ia boleh membawa seseorang itu menjadi kufur.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.

Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah. Perempuan yang memelihara kehormatan diri menjadi tidak sanggup lagi memeliharanya kerana tekanan ekonomi.

Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja dan berusaha itu sebagai jihad.

Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan dengan titik peluh usaha mereka sendiri.

Meninggalkan pekerjaan dan usaha mencari rezeki atas alasan untuk beribadah kepada Allah sahaja adalah bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Umat Islam harus cemerlang dalam hal duniawi tanpa mengabaikan akhirat. Kualiti hidup di dunia inilah yang membawa kepada kejayaan manusia merubah daripada kemungkaran kepada yang makruf.

Manusia diperintah oleh Allah untuk mencari rezeki bagi keperluan hidupnya dan juga diperintah untuk mencari rezeki yang lebih di muka bumi ini bagi tujuan membantu orang lain yang tidak berkecukupan.

Allah berfirman dalam Surah al-Jumu'ah ayat 10 yang bermaksud:

Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dan limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.

Di sisi lain pula al-Quran mengecam mereka yang mengharamkan hiasan duniawi yang diciptakan Allah bagi umat manusia.

Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakannya. (Surah al-Baqarah ayat 32).

Al-Quran kemudian menyebut bahawa Allah menjanjikan pengampunan dan anugerah yang berlebihan, sedangkan syaitan pula menjanjikan kefakiran.

Sesungguhnya Islam tidak pernah menganggap mulia atau mentakdirkan kemiskinan sebagai satu cara untuk mencapai ketinggian rohani. Hadis-hadis yang memuji kehidupan zuhud di dunia bukanlah bererti memuji kemiskinan. Adalah satu kesilapan yang besar bagi setengah orang yang menganggap bahawa kemiskinan bukanlah satu keburukan yang perlu diatasi dan juga bukan penyakit yang perlu diubati, ia adalah satu nikmat Allah yang dikurniakan kepada sesiapa di antara hambanya agar hatinya sentiasa berhubung dengan akhirat dan benci pada dunia.

Islam tidak datang hanya untuk mengajarkan zikir dan doa tetapi untuk membebaskan manusia daripada beban penderitaan kepada hidup yang bahagia. Hidup tidak mahu berusaha dan hanya meminta belas kasihan orang lain tidak dipersetujui oleh Islam.

Tangan yang di atas (yang memberi) lebih mulia daripada tangan yang di bawah (yang meminta-minta). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Islam jelas menolak sesetengah golongan yang menyanjung kemiskinan dan menganggap kekayaan sebagai dosa. Demikian juga yang menganggap kemiskinan sebagai qadar yang tiada jalan untuk mengelaknya. Ini semua pandangan ekstrem yang terpesong daripada jalan yang lurus sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam yang sebenar.

Sumber: BicaraMuslim.Com





newstraitstimes
Monday, August 22, 2011, 05.56 PM


PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.
The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.

Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.
"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.
"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."

He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.
"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.

"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."

Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger.





Kosmo!
22 Ogos 2011


KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.

Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit yang kesemuanya berjumlah RM34,516 milik pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





Utusan Online
ARKIB : 20/08/2011


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.

Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam proses digantung kerja.

"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment