Thursday, 18 August 2011

Peristiwa Manis Dalam Bulan Ramadan


Dalam sejarah Islam terdapat banyak peristiwa suka-duka yang melanda umat Islam. Peristiwa-peristiwa tersebut berlaku disebabkan untuk mempertahankan Islam dan menurut perintah mencegah perkara-perkara nahi munkar. Kebiasaan terjadinya sesuatu peristiwa itu disebabkan golongan kafir melanggar perjanjian, dengan, menganiayai umat manusia terutama kaum muslimin, memandang serong terhadap umat Islam dan kebencian mereka yang sukar dipadamkan.

Dendam kesumat yang berlanjutan itu hanya akan terhapus apabila matahari sudah tidak menyinari alam ini lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat golongan kafir yang menjadi pendokong dan penyelamat agama Islam pada kemudian harinya. Perkara ini telah dicatatkan oleh banyak buku-buku sejarah.


Antara peristiwa  yang berlaku sepanjang Ramadan yang sempat dicatatkan, ialah:

1.                  Bulan diturunkan kitab-kitab. Taurat, Zabur dan Injil.

2.                  17 Ramadan 10 Sebelum Hijrah. Al-Quran Diturunkan

3.                  Tahun pertama Hijrah. Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah pimpinan Hamzah Abdul Mutallib, disertai 30 tentera Islam sebagai peninjau keselamatan.

4.                  Tahun ke-2 Hijrah. Difardukan ibadat zakat dan salat dua hari raya

5.                  17 Ramadan 2H, perang Badar; tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi peperangan tersebut; 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.  Tentera Islam 14 orang syahid.

6.                  Ramadhan 5H, persiapan perang Khandaq dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

7.                  Tahun ke-6 Hijrah, ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah.  Perutusan diketuai oleh Zaid Harithah

8.                  Ramadan/Syawal 6H: Persiapan perang Khandak;  Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk’ seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Tidak menemui tentera Rom lalu tentera Islam balik ke Madinah.

9.                  20 Ramada 8H: Pembebasan Mekah, kaum Musrikin melanggar perjanjian Hudaibiah antara kaum Musrikin dengan Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.


10.             Tahun ke-9 Hijrah, selepas menemui Rasulullah di Madinah. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada hari tersebut dan mendalami Islam sebelum balik kepada kaum mereka.

11.             Tahun ke-9 Hijrah, penyerahan bandar Taif  yang pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah di sana. Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadan dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

12.             Utusan Raja Himyar, Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

13.             25 Ramadan 9H, hancurnya patung sembahan, tahun ke-10 Hijrah,’ lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan, Nabi s.a.w. menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Selepas peristiwa tersebut, penyembahan patung pun berakhir.

14.             Ali bin Abu Talib dengan membawa surat Baginda s.a.w. untuk penduduk Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab khususnya suku Hamdan. Kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman dalam tempoh satu hari. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan.

15.             Peperangan Balat As Shuhada' pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy

16.             9 Ramadan 16H, perang Qadisiyah, Parsi antara tentera Islam dengan Parsi.

17.             Ramadhan 53H, kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

18.             9 Ramadan 92H, pembebasan Andalus, Sepanyol. Tariq bin Ziyad dihantar oleh pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. Islam telah tersebar dan membuka kawasan-kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yaman dan Syria. Sepanyol ketika itu di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang mengetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

19.             Ramadhan 129H, kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

20.             22 Ramadan 248H, perang Salib untuk pembebasan Palestine.

21.             Ramadhan tahun 459 Hijrah, peperangan Zallaqah, Portugal. Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat.  Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

22.             Ramadhan 584H, panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

23.             15 Ramadan 658H bersamaan 1260 Masihi, perang Jalut, kepemimpinan Al Muzaffar Qutuz, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta. kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen. Seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad, Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam. Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid-masjid disirami dengan arak oleh tentera-tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanah yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

24.             15 Ramadhan 1294 Hijrah, peperangan Yakhliz. Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

25.             10 Ramadan 1390H bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi, perang Arab Israel berlaku. Pengunduran tentera  Israel dari Mesir dengan tertawannya garis Bar lev, Israel. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel, Amerika dan Eropah pada satu pihak. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973. Perang Oktober, dan Perang Ramadan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dan golongan kafir dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan dan memegang jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

26.             Pada Ramadan kali ini kita berusaha mengambil semangat pejuang-pejuang yang silam untuk kita abadikan dalam sanubari kita sebagai kekuatan yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah peperangan, pertembungan dengan golongan kuffar. Rekod menunjukkan bahawa peperangan dalam bulan Ramadan dimenangi oleh umat Islam walaupun mereka berpuasa pada ketika itu. Bahkan kaum kuffar menggeletar menghadapi kaum muslimin dalam bulan tersebut kerana “padang siangnya mereka menjadi singa yang garang dan pada malamnya pula menjadi abid yang tawaduk.” Kita sendiri pun, tidak berasa gementar berhadapan dengan golongan kuffar di mana sahaja. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah sepanjang zaman.


No comments:

Post a Comment