Menurut laporan berita terkini bahawa Libya yang dipimpin oleh Kol. Muammar Gaddafi, jatuh ditangan pemberontak yang disokong oleh persengkongkolan pakatan Nato yang diketuai oleh Amerika.
Strategi pelbagai serangan, penyamaran dan pengintipan, maklumat dalaman serta kecanggihan peralatan perang yang dilancarkan bertubi-tubi tanpa henti yang diketuai oleh Amerika-NATO akhirnya menamatkan pemerintahan Kol. Muammar Gaddafi selama 42 tahun.
Beberapa percubaan Amerika-NATO sebelum ini melalui 'pukul curi', kaedah menyerang, mengebom dan membunuh rakyat Libya melalui serangan udara dengan mudah dipatahkan kerana tidak berlaku pemberontakan tetapi melalui perancangan dan dendam kesumat musuh Muammar Gaddafi akhirnya golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya telah bangkit memberontak melalui sokongan padu Amerika-NATO. Rentetan peristiwa tersebut, secara terbuka NATO memberi sokongan padu kepada pemberontakan yang inginkan perubahan pucuk pimpinan negara tersebut ditukar.
Kuasa-kuasa besar lain seperti Rusia dan China masih membisu. Begitu juga dengan negara-negara Afrika.
Kuasa-kuasa besar lain seperti Rusia dan China masih membisu. Begitu juga dengan negara-negara Afrika.
Satu lagi negara umat Islam berada dalam keadaan tidak tenteram, berdendam dan mungkinkah pergolakan di negara itu berpanjangan?
Mari kita perhatikan sebuah Hadith Nabi s.a.w. tentang persengkongkolan musuh Islam terhadap kaum muslimin:
“Daripada Tsauban r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud )
Dalam beberapa perkara kelihatan seperti menarik untuk diperhatikan dan dibuat kajian tentang jatuh bangunnya pemerintahan sesebuah negara, tetapi yang lebih penting ialah bahawa sesebuah negara yang bergolok disebabkan oleh masalah dalaman mudah untuk ditamatkan berbanding dengan campur tangan negara asing yang lebih banyak membawa kemusnahan permusuhan daripada kebaikan.
Itulah lumrah kehidupan bahawa umat Islam perlu dicanai untuk mendapatkan ketulenan kefahaman Islam.
Pada akhirnya, Islam akan memenangi apa juga komplot jahat yang diserapkan oleh anasir-anasir Yahudi dan kuffar melalui pelbagai taktik dan perancangan jahat.
Beruntunglah mereka yang teguh menegakkan Islam.
Berita Harian Online
2011/08/23
TRIPOLI: Era pemerintahan 42 tahun Muammar Gaddafi di Libya, berakhir semalam selepas rakyat yang memberontak menguasai ibu kota Tripoli, dibantu pesawat tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menahan tiga anaknya, Saif al-Islam, Mohammed Gaddafi dan Saadi Gaddafi Gaddafi menyusuli bekas pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kehilangan kuasa selepas rakyat bangkit menumbangkan pemerintahan mereka enam bulan lalu.
Pertempuran turut dilaporkan berlaku dekat kediaman rasmi Gaddafi, dikenali sebagai Bab-al-Aziziyah apabila pemberontak cuba memasuki kawasan berkenaan. Namun, nasib Gaddafi masih samar-samar dan lokasinya belum diketahui. Anaknya yang lain, iaitu Hannibal , Mutasim, Khamis dan Asiha juga belum ditemui. Hannibal tidak banyak terbabit dalam politik tetapi Khamis mengetuai satu unit tentera yang kerap menindas penunjuk perasaan, manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.
Gerakan menawan Tripoli dimulakan 30 kilometer dari sebelah barat kelmarin, apabila pemberontak menawan satu demi satu bandar termasuk sebuah pangkalan tentera dengan penduduk tempatan keluar memberi sokongan.
Pada masa sama, penduduk Tripoli yang dibekalkan senjata api secara rahsia oleh pemberontak bangkit melawan rejim Gaddafi. Apabila pemberontak tiba di pintu masuk Tripoli , batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk melindungi ibu negara, segera menyerah diri.
Pegawai pemberontak, Fathi al-Baja, berkata tindakan itu diketuai oleh pemimpin unit tentera itu sendiri yang menyokong pemberontakan secara senyap-senyap sebagai membalas dendam tindakan Gaddafi membunuh adiknya dulu.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Politik pemberontak, berkata Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) merangka serangan itu sejak tiga bulan lalu dengan kerjasama NATO dan penyokong mereka di Tripoli .
Penyokong pemberontak di Tripoli mula melancarkan operasi apabila azan subuh kedengaran serentak dengan serangan udara NATO dan memasuki ibu kota itu dari sebelah barat. Meskipun kereta kebal askar pro Gaddafi cuba mempertahankan kawasan mereka daripada kemaraan pemberontak, tentangan mereka tidak lama sebelum berundur.
Selepas kejayaan itu, ramai penduduk Tripoli menerima mesej pemberontak menerusi telefon bimbit yang menyatakan: “Allahuakbar. Kami ucapkan tahniah kepada penduduk Libya atas kejatuhan Gaddafi.”
Siaran televisyen menunjukkan ramai pemberontak dan penduduk Tripoli membanjiri Dataran Hijau, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan mengibarkan bendera pembangkang bagi meraikan kemenangan. Sebahagian mereka membakar bendera rejim Gaddafi dan menembak posternya.
Namun, Jurucakap pemberontak, Mohammed Abdel-Rahman, mengakui penyokong Gaddafi masih memberi tentangan dan mengeluarkan amaran Gaddafi akan terus mengancam selagi tidak ditahan. – Agensi
Komen Anda Guna Facebook id anda.
Senarai komen
dahlankejatuhan kerajaan sebahagian asia barat.keluar mulut harimau masuk mulut naga.rakyat jadi papa kedana.penceroboh kaya raya.Abdul Aziz bin Omarpenjenayah patut dihukum, tetapi tidak satu pun penjanayah Israel dihukum atau disebut untuk dihukum oleh ICC walau pun telah berpuluh tahun melakukan jenayah yang dasyat - ICC tidak adil dalam menegakkan keadilanHussin KamdolSaya tidak setuju cara pemberontak menjatuhkan kerajaan yang sah menggunakan peperangan senjata. Dan tidak setuju NATO menyokong pemberontak.nizanikembali pmerintah khalifah...el hafeez"manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan. "
Hello beb,
Puak zionist tak pernah kene hukum pun tentang jenayah kemanusiaan... Asyik Islam je yang kena..
Nanti, ntah-ntah naik pula pemerintah pro zion di tripoli tu. Baru a kau tahu, siapa lagi baik, gaddafi ke zion ...
Nak berjuang boleh, tapi jangan dengan bantuan luar yang sedang dahagakan minyak dan kekayaan di tripoli.
Jangan jadi macam BERSIH.. matlamat dah ok, tapi kepala BERSIH ada problem.azannaiknya seseorang pmimpin adalah kerana rakyat. begitu juga jatuhnya adalah kerna rakyat... justeru, jadilah pemimpin yang boleh membantu rakyat... bukan memakan harta rakyat.... hiasilah peribadi Rasulullah...muadyess..akhirnya jatuh lg seorang diktaktor,itulah akibat nya cuba mengamalkan politik secara warisan atas keturunan sendiri dan bukan election.shahSepatutnya pemimpin berundur secara terhormat dan rakyat sepatutnya mengenang jasa pemimpin tersebut...Doakan jgn jadi pada negera kita...MALAYSIAKhalifah Mukmininjika dahulu SULTAN MUHAMMAD AL FATEH boleh menawan bandar kostantinopel yang diaggap cukup mencabar untuk menawan bandar tersebut,tidak mustahil pada hari ini akan ada pejuang yang sanggup berkorban sehingga ketitisan darah terakhir untuk menawan Tripoli,,,,
Utusan online
23/08/2011 5:04pm
Saif Al-Islam disambut oleh para penyokongnya di Tripoli pada 23 Ogos 2011. Saif memberitahu wartawan, Libya yang dikatakan dikuasai oleh pihak pemberontak sejak 24 jam lalu yang mahu mengusir bapanya, Muammar Gaddafi, masih lagi dalam kawalan kerajaan dan bapanya juga selamat. - Reuters
--------------------------------------------------------------------------------
KAHERAH 23 Ogos - Anak bongsu pemimpin Libya , Muammar Gaddafi hari ini muncul di sebuah hotel di Tripoli , sekali gus memperlihatkan kenyataan bercanggah pemberontak dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendakwa dia ditahan semalam.
Dalam satu video yang didedahkan, Saif Al-Islam dilihat berdiri dari sebuah kenderaan berwarna putih, disambut sorakan tentera yang setia kepada bapanya sambil tembakan dilepaskan ke udara.
Kemunculannya di Bab al-Aziziya itu menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Majlis Peralihan Negara selepas pemimpinnya, Mustafa Abdul Jalil semalam mengesahkan, anak bongsu Gaddafi itu telah ditahan. - dpa
No comments:
Post a Comment