Sunday, 18 September 2011
Friday, 26 August 2011
sebab sebenar Libya diserang Nato
Posted on Thursday, August 25 @ 21:45:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: MERONG
"Senario politik di Timur Tengah dan AFRIKA menarik untuk di fahami. Ianya melibatkan negara-negara yang dahulunya pro-USA seperti LIBYA/SYRIA/MESIR/TUNISIA/YAMAN. Paling mengejutkan kerana ianya berlaku serentak pada 2011.
Krisis Politik di Mesir dan Tunisia agak mudah difahami dgn presidennya yg pro-USA, karenah korupsi, kronism, ketidakseimbangan sosial ekonomi yg amat menyamai suasana politik di Malaysia . Akibatnya 90% rakyat dari pembangkang bangun menentang.
Krisis politik di Libya mempunyai penglibatan USA secara terus. Saya tidak menyatakan Gaddafi seorang pemimpin yg terlalu baik tetapi hairan bagaimana USA tiba2 memomokkan berita serangan NATO dgn pemberontak kerana Gaddafi seorang diktator yg kejam. Agak menghairankan kenapa tiba2 sahabat baik Gaddafi yakni USA tiba2 menikam beliau. Apakah senario LIBYA menyamai senario di-IRAQ?
Jawapannya terdapat di dalam berita GoldStockBull,
“Invasion of Libya was About Gaddafi’s Plan to Introduce Gold Dinar-Gold For Oil”
Jika di tahun 2000 USA menyerang IRAQ kerana SADDAM HUSSIEN mahu menjual minyak didalam EURO Dan Gaddafi pula berniat mahu mewujudkan single-gold currency untuk AFRIKA dan menggunakan ia untuk sebarang bentuk dagangan.
Gaddafi mahu membentuk pakatan dgn negara2 pengeluar minyak Afrika DAN sesetengah negara Arab.Ini bakal mengukuhkan ekonomi Afrika dan meruntuhkah ekonomi kapitalis USA/EROPAH.
OBAMA lebih cerdik dari Bush dalam melaksanakan misinya. Obama menggunakan sebahagian drpd rakyat negara itu sendiri yg terhasil dari pemisahan ideologi melalui sistem Demokrasi untuk menentang pemimpin yg tidak sebulu dgn USA, tetapi BUSH terpaksa mengerah tentera dan sekutunya untuk menentang pemimpin tersebut. Kaedah OBAMA lebih cost saving dan effective.. Yangg penting adalah keberkesanan agen CIA Dan MOSSADnya menjalankan jarum..
Itulah yg berlaku di Mesir ,Tunisia dan Libya . Dengan menguasai politik Tunisia/Libya/ Syria/Mesir, USA sudah menguasai satu lagi sumber minyak dunia selain daripada negara2 arab lain yg berpaksikan USA . Kedudukkan geografi negara2 tersebut juga melindungi ISRAEL jika USA meletakkan kepentingan pengkalan tenteranya.
Silapnya negara Islam adalah kerana memilikki pemimpin yg tamak dan rasuah sejak mula. Di saat mereka mahu bertaubat, berapa ribu pemberontak sudah terhasil. Demokrasi berjaya memanfaatkan pemimpin yg tamak dan rasuah untuk memecah-belahkan rakyat didalam negara tersebut. Rakyat yg tertindas akhirnya memberontak tanpa mengira samaada mereka sudah dimanipulasi oleh kuasa besar yg berkepentingan.
Negara Islam sekarang berada didalam situasi serba salah, samada pihak pemerintah itu pro/anti-USA, mereka tetap akan di manipulasikan.
Thursday, 25 August 2011
Peristiwa Manis Dalam Bulan Ramadan
Dalam sejarah Islam terdapat banyak peristiwa suka-duka yang melanda umat Islam. Peristiwa-peristiwa tersebut berlaku disebabkan untuk mempertahankan Islam dan menurut perintah mencegah perkara-perkara nahi munkar. Kebiasaan terjadinya sesuatu peristiwa itu disebabkan golongan kafir melanggar perjanjian, dengan, menganiayai umat manusia terutama kaum muslimin, memandang serong terhadap umat Islam dan kebencian mereka yang sukar dipadamkan.
Dendam kesumat yang berlanjutan itu hanya akan terhapus apabila matahari sudah tidak menyinari alam ini lagi.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat golongan kafir yang menjadi pendokong dan penyelamat agama Islam pada kemudian harinya. Perkara ini telah dicatatkan oleh banyak buku-buku sejarah.
Antara peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadan yang sempat dicatatkan, ialah:
1. Bulan diturunkan kitab-kitab. Taurat, Zabur dan Injil.
2. 17 Ramadan 10 Sebelum Hijrah. Al-Quran Diturunkan
3. Tahun pertama Hijrah. Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah pimpinan Hamzah Abdul Mutallib, disertai 30 tentera Islam sebagai peninjau keselamatan.
4. Tahun ke-2 Hijrah. Difardukan ibadat zakat dan salat dua hari raya
5. 17 Ramadan 2H, perang Badar; tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi peperangan tersebut; 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Tentera Islam 14 orang syahid.
6. Ramadhan 5H, persiapan perang Khandaq dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.
7. Tahun ke-6 Hijrah, ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah. Perutusan diketuai oleh Zaid Harithah
8. Ramadan/Syawal 6H: Persiapan perang Khandak; Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk’ seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Tidak menemui tentera Rom lalu tentera Islam balik ke Madinah.
9. 20 Ramada 8H: Pembebasan Mekah, kaum Musrikin melanggar perjanjian Hudaibiah antara kaum Musrikin dengan Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.
10. Tahun ke-9 Hijrah, selepas menemui Rasulullah di Madinah. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada hari tersebut dan mendalami Islam sebelum balik kepada kaum mereka.
11. Tahun ke-9 Hijrah, penyerahan bandar Taif yang pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah di sana . Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadan dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
12. Utusan Raja Himyar, Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.
13. 25 Ramadan 9H, hancurnya patung sembahan, tahun ke-10 Hijrah,’ lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan, Nabi s.a.w. menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Selepas peristiwa tersebut, penyembahan patung pun berakhir.
14. Ali bin Abu Talib dengan membawa surat Baginda s.a.w. untuk penduduk Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab khususnya suku Hamdan. Kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman dalam tempoh satu hari. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan.
15. Peperangan Balat As Shuhada' pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy
16. 9 Ramadan 16H, perang Qadisiyah, Parsi antara tentera Islam dengan Parsi.
17. Ramadhan 53H, kemenangan tentera Islam di Rhodesia.
18. 9 Ramadan 92H, pembebasan Andalus, Sepanyol. Tariq bin Ziyad dihantar oleh pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. Islam telah tersebar dan membuka kawasan-kawasan baru sehingga ke Afrika Utara , Iran , Afghanistan , Yaman dan Syria . Sepanyol ketika itu di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang mengetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol , Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.
19. Ramadhan 129H, kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.
20. 22 Ramadan 248H, perang Salib untuk pembebasan Palestine .
21. Ramadhan tahun 459 Hijrah, peperangan Zallaqah , Portugal . Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
22. Ramadhan 584H, panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
23. 15 Ramadan 658H bersamaan 1260 Masihi, perang Jalut, kepemimpinan Al Muzaffar Qutuz, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia . Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta. kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev . Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen. Seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad , Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam. Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad , yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid-masjid disirami dengan arak oleh tentera-tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanah yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.
24. 15 Ramadhan 1294 Hijrah, peperangan Yakhliz. Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
25. 10 Ramadan 1390H bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi, perang Arab Israel berlaku. Pengunduran tentera Israel dari Mesir dengan tertawannya garis Bar lev, Israel . Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel , Amerika dan Eropah pada satu pihak. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973. Perang Oktober, dan Perang Ramadan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dan golongan kafir dengan Mesir , Syria dan Jordan . Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan , Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel . Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan dan memegang jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir , Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
26. Pada Ramadan kali ini kita berusaha mengambil semangat pejuang-pejuang yang silam untuk kita abadikan dalam sanubari kita sebagai kekuatan yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah peperangan, pertembungan dengan golongan kuffar. Rekod menunjukkan bahawa peperangan dalam bulan Ramadan dimenangi oleh umat Islam walaupun mereka berpuasa pada ketika itu. Bahkan kaum kuffar menggeletar menghadapi kaum muslimin dalam bulan tersebut kerana “padang siangnya mereka menjadi singa yang garang dan pada malamnya pula menjadi abid yang tawaduk.” Kita sendiri pun, tidak berasa gementar berhadapan dengan golongan kuffar di mana sahaja. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah sepanjang zaman.
Kita dijangka akan menyambut Aidil Fitri 1432, lagi enam hari. Insya Allah.
Wednesday, 24 August 2011
Iran Dan Indonesia Memacu Penciptaan Teknologi
Hari ini, secara terbuka dua buah negara umat Islam; Iran dan Indonesia mengisytiharkan tentang kemajuan teknologi sains khususnya dalam bidang penciptaan peralatan perang yang dibangunkan oleh jurutera dan saintis tempatan.
Para penyelidik dalam bidang tersebut telah berjaya membangunkannya bagi tujuan keperluan negara dan telah dizahirkan secara terbuka melalui ujian-ujian yang dilakukan, tetapi penggunaannya secara meluas belum dibuktikan lagi.
Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada jurutera dan saintis yang berjaya membangkitkan semangat penyelidikan inovasi terkini dan moral kepada anggota bersenjata.
Kesungguhan dan keprihatinan pemerintah menggalakan dan memperuntukkan sejumlah besar kewangan untuk tujuan tersebut boleh menggerunkan pihak musuh kerana pihak musuh telah menyediakan persenjataan pemusnah besar-besar seperti yang mereka lakukan di Afghanistan, Iraq dan Libya ketika ini.
Dengan kehebatan teknologi yang dimiliki, pihak musuh tidak lagi berani menjentik apatah lagi bersuara lantang menggertak negara yang merdeka.
Kita juga amat berharap supaya penyelidikan-penyelidikan saintifik oleh penyelidik Islam dapat dipertimbangkan untuk keperluan umat sejagat pada masa hadapan.
Sila lihat pautan: Fars News Agency
News number: 9006010145 13:29 | 2011-08-23 Defence
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
President Ahmadinejad Unveils 3 Defense Projects
During the ceremony held in Malek Ashtar Industrial University in Tehran today, President Ahmadinejad unveiled an anti-ship cruise missile, dubbed as Qader, the home-made Valfajr torpedo launcher and "Bonyan 1" sea engine.
The ceremony was also attended by Iranian Defense Minister Brigadier General Ahmad Vahidi and a number of top military figures.
Qader is an anti-ship cruise missile with a range of 200km developed by local engineers and defense industry experts.
It can be used against enemy frigates and warships as well as coast-based targets.
Valfajr torpedo system, also developed by Iranian experts, enjoys a 220kg warhead and can be used to destroy enemy's heavy vessels.
The torpedo, which can be launched by submarines, is able to operate under different weather conditions, deep or shallow waters and is equipped with advanced safety and arm system.
Yet, Iranian officials have always stressed that the country's military and arms programs serve defensive purposes and should not be perceived as a threat to any other country.
----------------------------------------------------
Berita Pertahanan dan Keamanan, Industri Militer Indonesia dan Dunia, Wilayah Kedaulatan NKRI serta Berita Militer Negara Sahabat
Tuesday, August 23, 2011
Iran Perkenalkan Rudal Anti Kapal dan Torpedo Buatan Lokal
Torpedo Valfajr.
24 Agustus 2011, Tehran (Berita HanKam): Iran memperkenalkan tiga produk pertahanan terbaru yang dihasilkan industri pertahanan Iran di Universitas Malek Ashtar Industrial di Tehran, Selasa (22/8).
Rudal jelajah anti-kapal Qader, torpedo Valfajr dan mesin Bonyan 1 diperkenalkan pada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, Menteri Pertahanan Brigadir Jenderal Ahmad Vahidi serta sejumlah petinggi Angkatan Bersenjata Iran .
Rudal anti-kapal Qader.
Qader rudal anti kapal dengan jarak jangkau 200 km dikembangkan oleh para enginer dan para ahli industri pertahanan Iran .
Torpedo Valfajr dapat membawa hulu ledak 220 kg, diklaim dapat dioperasikan dibawah kondisi cuaca berbeda, perairan dalam maupun dangkal dan dilengkapi dengan sistem keamanan dan persenjataan canggih.
Sumber: FNA
Posted by rhsukarsa at 8/23/2011 11:52:00 PM
-----------------------------------------------------------
Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.
INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?
Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?
Dibawah ini beberapa senjata dan produk industri pertahanan di Indonesia :
oleh: AMKNS
Tuesday, 23 August 2011
Libya Di Tawan Pemberontak-Nato
Menurut laporan berita terkini bahawa Libya yang dipimpin oleh Kol. Muammar Gaddafi, jatuh ditangan pemberontak yang disokong oleh persengkongkolan pakatan Nato yang diketuai oleh Amerika.
Strategi pelbagai serangan, penyamaran dan pengintipan, maklumat dalaman serta kecanggihan peralatan perang yang dilancarkan bertubi-tubi tanpa henti yang diketuai oleh Amerika-NATO akhirnya menamatkan pemerintahan Kol. Muammar Gaddafi selama 42 tahun.
Beberapa percubaan Amerika-NATO sebelum ini melalui 'pukul curi', kaedah menyerang, mengebom dan membunuh rakyat Libya melalui serangan udara dengan mudah dipatahkan kerana tidak berlaku pemberontakan tetapi melalui perancangan dan dendam kesumat musuh Muammar Gaddafi akhirnya golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya telah bangkit memberontak melalui sokongan padu Amerika-NATO. Rentetan peristiwa tersebut, secara terbuka NATO memberi sokongan padu kepada pemberontakan yang inginkan perubahan pucuk pimpinan negara tersebut ditukar.
Kuasa-kuasa besar lain seperti Rusia dan China masih membisu. Begitu juga dengan negara-negara Afrika.
Kuasa-kuasa besar lain seperti Rusia dan China masih membisu. Begitu juga dengan negara-negara Afrika.
Satu lagi negara umat Islam berada dalam keadaan tidak tenteram, berdendam dan mungkinkah pergolakan di negara itu berpanjangan?
Mari kita perhatikan sebuah Hadith Nabi s.a.w. tentang persengkongkolan musuh Islam terhadap kaum muslimin:
“Daripada Tsauban r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud )
Dalam beberapa perkara kelihatan seperti menarik untuk diperhatikan dan dibuat kajian tentang jatuh bangunnya pemerintahan sesebuah negara, tetapi yang lebih penting ialah bahawa sesebuah negara yang bergolok disebabkan oleh masalah dalaman mudah untuk ditamatkan berbanding dengan campur tangan negara asing yang lebih banyak membawa kemusnahan permusuhan daripada kebaikan.
Itulah lumrah kehidupan bahawa umat Islam perlu dicanai untuk mendapatkan ketulenan kefahaman Islam.
Pada akhirnya, Islam akan memenangi apa juga komplot jahat yang diserapkan oleh anasir-anasir Yahudi dan kuffar melalui pelbagai taktik dan perancangan jahat.
Beruntunglah mereka yang teguh menegakkan Islam.
Berita Harian Online
2011/08/23
TRIPOLI: Era pemerintahan 42 tahun Muammar Gaddafi di Libya, berakhir semalam selepas rakyat yang memberontak menguasai ibu kota Tripoli, dibantu pesawat tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menahan tiga anaknya, Saif al-Islam, Mohammed Gaddafi dan Saadi Gaddafi Gaddafi menyusuli bekas pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kehilangan kuasa selepas rakyat bangkit menumbangkan pemerintahan mereka enam bulan lalu.
Pertempuran turut dilaporkan berlaku dekat kediaman rasmi Gaddafi, dikenali sebagai Bab-al-Aziziyah apabila pemberontak cuba memasuki kawasan berkenaan. Namun, nasib Gaddafi masih samar-samar dan lokasinya belum diketahui. Anaknya yang lain, iaitu Hannibal , Mutasim, Khamis dan Asiha juga belum ditemui. Hannibal tidak banyak terbabit dalam politik tetapi Khamis mengetuai satu unit tentera yang kerap menindas penunjuk perasaan, manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.
Gerakan menawan Tripoli dimulakan 30 kilometer dari sebelah barat kelmarin, apabila pemberontak menawan satu demi satu bandar termasuk sebuah pangkalan tentera dengan penduduk tempatan keluar memberi sokongan.
Pada masa sama, penduduk Tripoli yang dibekalkan senjata api secara rahsia oleh pemberontak bangkit melawan rejim Gaddafi. Apabila pemberontak tiba di pintu masuk Tripoli , batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk melindungi ibu negara, segera menyerah diri.
Pegawai pemberontak, Fathi al-Baja, berkata tindakan itu diketuai oleh pemimpin unit tentera itu sendiri yang menyokong pemberontakan secara senyap-senyap sebagai membalas dendam tindakan Gaddafi membunuh adiknya dulu.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Politik pemberontak, berkata Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) merangka serangan itu sejak tiga bulan lalu dengan kerjasama NATO dan penyokong mereka di Tripoli .
Penyokong pemberontak di Tripoli mula melancarkan operasi apabila azan subuh kedengaran serentak dengan serangan udara NATO dan memasuki ibu kota itu dari sebelah barat. Meskipun kereta kebal askar pro Gaddafi cuba mempertahankan kawasan mereka daripada kemaraan pemberontak, tentangan mereka tidak lama sebelum berundur.
Selepas kejayaan itu, ramai penduduk Tripoli menerima mesej pemberontak menerusi telefon bimbit yang menyatakan: “Allahuakbar. Kami ucapkan tahniah kepada penduduk Libya atas kejatuhan Gaddafi.”
Siaran televisyen menunjukkan ramai pemberontak dan penduduk Tripoli membanjiri Dataran Hijau, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan mengibarkan bendera pembangkang bagi meraikan kemenangan. Sebahagian mereka membakar bendera rejim Gaddafi dan menembak posternya.
Namun, Jurucakap pemberontak, Mohammed Abdel-Rahman, mengakui penyokong Gaddafi masih memberi tentangan dan mengeluarkan amaran Gaddafi akan terus mengancam selagi tidak ditahan. – Agensi
Komen Anda Guna Facebook id anda.
Senarai komen
dahlankejatuhan kerajaan sebahagian asia barat.keluar mulut harimau masuk mulut naga.rakyat jadi papa kedana.penceroboh kaya raya.Abdul Aziz bin Omarpenjenayah patut dihukum, tetapi tidak satu pun penjanayah Israel dihukum atau disebut untuk dihukum oleh ICC walau pun telah berpuluh tahun melakukan jenayah yang dasyat - ICC tidak adil dalam menegakkan keadilanHussin KamdolSaya tidak setuju cara pemberontak menjatuhkan kerajaan yang sah menggunakan peperangan senjata. Dan tidak setuju NATO menyokong pemberontak.nizanikembali pmerintah khalifah...el hafeez"manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan. "
Hello beb,
Puak zionist tak pernah kene hukum pun tentang jenayah kemanusiaan... Asyik Islam je yang kena..
Nanti, ntah-ntah naik pula pemerintah pro zion di tripoli tu. Baru a kau tahu, siapa lagi baik, gaddafi ke zion ...
Nak berjuang boleh, tapi jangan dengan bantuan luar yang sedang dahagakan minyak dan kekayaan di tripoli.
Jangan jadi macam BERSIH.. matlamat dah ok, tapi kepala BERSIH ada problem.azannaiknya seseorang pmimpin adalah kerana rakyat. begitu juga jatuhnya adalah kerna rakyat... justeru, jadilah pemimpin yang boleh membantu rakyat... bukan memakan harta rakyat.... hiasilah peribadi Rasulullah...muadyess..akhirnya jatuh lg seorang diktaktor,itulah akibat nya cuba mengamalkan politik secara warisan atas keturunan sendiri dan bukan election.shahSepatutnya pemimpin berundur secara terhormat dan rakyat sepatutnya mengenang jasa pemimpin tersebut...Doakan jgn jadi pada negera kita...MALAYSIAKhalifah Mukmininjika dahulu SULTAN MUHAMMAD AL FATEH boleh menawan bandar kostantinopel yang diaggap cukup mencabar untuk menawan bandar tersebut,tidak mustahil pada hari ini akan ada pejuang yang sanggup berkorban sehingga ketitisan darah terakhir untuk menawan Tripoli,,,,
Utusan online
23/08/2011 5:04pm
Saif Al-Islam disambut oleh para penyokongnya di Tripoli pada 23 Ogos 2011. Saif memberitahu wartawan, Libya yang dikatakan dikuasai oleh pihak pemberontak sejak 24 jam lalu yang mahu mengusir bapanya, Muammar Gaddafi, masih lagi dalam kawalan kerajaan dan bapanya juga selamat. - Reuters
--------------------------------------------------------------------------------
KAHERAH 23 Ogos - Anak bongsu pemimpin Libya , Muammar Gaddafi hari ini muncul di sebuah hotel di Tripoli , sekali gus memperlihatkan kenyataan bercanggah pemberontak dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendakwa dia ditahan semalam.
Dalam satu video yang didedahkan, Saif Al-Islam dilihat berdiri dari sebuah kenderaan berwarna putih, disambut sorakan tentera yang setia kepada bapanya sambil tembakan dilepaskan ke udara.
Kemunculannya di Bab al-Aziziya itu menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Majlis Peralihan Negara selepas pemimpinnya, Mustafa Abdul Jalil semalam mengesahkan, anak bongsu Gaddafi itu telah ditahan. - dpa
Monday, 22 August 2011
Kemiskinan Membawa Kekufuran
Kemelesetan ekonomi dunia bukan sahaja melanda beberapa negara tetapi tempiasnya juga turut melanda individu yang ketandusan kewangan. Kemelesetan tersebut bukan sahaja berlaku kepada ekonomi tetapi juga kepada akhlak kemanusiaan.
Di Somalia, terdapat daerah-daerah tertentu penghuninya sedang menanti menjadi korban kerana kekurangan makanan akibat kebuluran, di samping perang saudara yang berpanjangan.
Di negara kita, terdapat individu yang berpendapatan tetap tetapi menjalankan kerja-kerja lebih masa untuk menambah pendapatan keluarga, walaupun melakukan kerja-kerja melanggar undang-undang negara.
Barangkali pemerintah kita wajar menjalankan satu kaji selidik mencari punca berlakunya gejala tersebut dan jalan penyelesaian yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah.
Kita didendangkan tentang syarikat-syarikat berpotensi mengaut keuntungan besar setiap tahun kewangan berakhir dilaporkan, namun tiada maknanya keuntungan, jualan meningkat dan pendapatan jutaan ringgit yang diperolehi jika tidak dapat dinikmati oleh golongan susah dan berpendapatan rendah.
Kita wajar merenung kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir kerana golongan yang terpinggir-miskin memberontak.
Sila lihat pautan:
BANYAK hadis Nabi s.a.w yang memberi penilaian bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang, malah kepada kaum itu sendiri. Penyakit ini mudah menonjol terutamanya di kalangan orang yang menghadapi kemiskinan yang teruk dan tinggal berhampiran dengan orang kaya yang buruk budi pekertinya serta kedekut yang amat sangat.
Kemiskinan adalah satu bala yang sama dengan penyakit berjangkit, justeru ia boleh membawa seseorang itu menjadi kufur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah. Perempuan yang memelihara kehormatan diri menjadi tidak sanggup lagi memeliharanya kerana tekanan ekonomi.
Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja dan berusaha itu sebagai jihad.
Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan dengan titik peluh usaha mereka sendiri.
Meninggalkan pekerjaan dan usaha mencari rezeki atas alasan untuk beribadah kepada Allah sahaja adalah bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).
Umat Islam harus cemerlang dalam hal duniawi tanpa mengabaikan akhirat. Kualiti hidup di dunia inilah yang membawa kepada kejayaan manusia merubah daripada kemungkaran kepada yang makruf.
Manusia diperintah oleh Allah untuk mencari rezeki bagi keperluan hidupnya dan juga diperintah untuk mencari rezeki yang lebih di muka bumi ini bagi tujuan membantu orang lain yang tidak berkecukupan.
Allah berfirman dalam Surah al-Jumu'ah ayat 10 yang bermaksud:
Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dan limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.
Di sisi lain pula al-Quran mengecam mereka yang mengharamkan hiasan duniawi yang diciptakan Allah bagi umat manusia.
Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakannya. (Surah al-Baqarah ayat 32).
Al-Quran kemudian menyebut bahawa Allah menjanjikan pengampunan dan anugerah yang berlebihan, sedangkan syaitan pula menjanjikan kefakiran.
Sesungguhnya Islam tidak pernah menganggap mulia atau mentakdirkan kemiskinan sebagai satu cara untuk mencapai ketinggian rohani. Hadis-hadis yang memuji kehidupan zuhud di dunia bukanlah bererti memuji kemiskinan. Adalah satu kesilapan yang besar bagi setengah orang yang menganggap bahawa kemiskinan bukanlah satu keburukan yang perlu diatasi dan juga bukan penyakit yang perlu diubati, ia adalah satu nikmat Allah yang dikurniakan kepada sesiapa di antara hambanya agar hatinya sentiasa berhubung dengan akhirat dan benci pada dunia.
Islam tidak datang hanya untuk mengajarkan zikir dan doa tetapi untuk membebaskan manusia daripada beban penderitaan kepada hidup yang bahagia. Hidup tidak mahu berusaha dan hanya meminta belas kasihan orang lain tidak dipersetujui oleh Islam.
Tangan yang di atas (yang memberi) lebih mulia daripada tangan yang di bawah (yang meminta-minta). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Islam jelas menolak sesetengah golongan yang menyanjung kemiskinan dan menganggap kekayaan sebagai dosa. Demikian juga yang menganggap kemiskinan sebagai qadar yang tiada jalan untuk mengelaknya. Ini semua pandangan ekstrem yang terpesong daripada jalan yang lurus sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam yang sebenar.
Sumber: BicaraMuslim.Com
newstraitstimes
Monday, August 22, 2011, 05.56 PM
PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.
The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.
Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.
"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.
"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."
He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.
"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.
"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."
Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger.
Kosmo!
22 Ogos 2011
KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.
Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.
Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit yang kesemuanya berjumlah RM34,516 milik pekerja buruh binaan itu.
Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.
"Saya juga merayu pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Utusan Online
ARKIB : 20/08/2011
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.
Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam proses digantung kerja.
"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya di sini hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)